andai kau ingin futur,
hentikanlah segala langkah,
susun semula biar ia teratur,
moga kau tahu mananya salah,
jangan terusan asyik mengalah,
kehendak nafsu biarkan jangan,
nanti terusan dihanyut hasutan.
terdetik tidak, terlintas tidak,
futur itu bukan lawan sembarangan,
mati hatimu digenggam syaitan,
kering jiwa mu hampa kekosongan,
merintih letih menunggu jawapan,
sedarnya hanyalah di kemudian,
bermandikan bahagia dunia sementara,
akhirnya lemas di muara fata morgana,
terlepas indahnya kekal akhirat sana.
letih letih, engkau meronta!
pulih pulih, engkau bertanya!
andai kau ingin futur,
lihatlah luasnya kasih ilahi,
lihatlah tangan yang memberi,
lihatlah nikmat terbit matahari,
jikalau engkau memerhati.
dan andai kau masih ingin futur,
ketahuilah kau bukan berseorangan,
rehatlah, kerana panjang perjalanan,
kita langkah bersama ke hujung sana,
menanti dan mengharap redhaNya,
hanyalah Dia semata-mata.
© akmal ghani - andai kau ingin futur
jgn sesekali tidak seimbang, ye...
ReplyDeletefutur=tidak seimbang
insyallah aku buat yang terbaik!
ReplyDelete