Assalamualaikum wbt.
Hari ini hari kesedihan.
Hari yang memberi saya ibrah yang besar.
Tapi benarlah bahawa yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk bahkan hina itu datang dari kesilapan manusia itu sendiri. Dari awalnya, saya telah buat kesilapan. Saya telah mengambil langkah kejahilan. Jahil, kerana ia membangkitkan semangat bukan kepada mengingati Allah malah memuja duniawi.
Kepada semua sahabat yang berada di sekeliling saya especially akhwat-akhwat (Q, S, Am, An, At, Am, My, Af) sepenuh hati saya meronta merasa berdosa kepada kekasih-kekasih kesayangan saya ini... semoga kalian sudi memaafkan saya agar di padang Mahsyar nanti tidaklah saya ditahan- tahan kerana hutang dosa yang masih belum terlunas oleh kemaafan.
Ya Allah, sesungguhnya hidayahMu sentiasa Kau berikan kepada kami. Ampunkan aku, Redhalah denganku dan izinkan aku menjadi golongan mereka yang Kau sebut di dalam Al-Fajr ayat 28:
Dan izinkanlah aku menjadi sebahagian dari mereka yang Kau alu- alukan ke SyurgaMu yang mengalir di bawahnya sungai- sungai dan memberikan kerehatan bagi isi-isi Syurga- syurga itu, dalam surah Fussilat ayat 30.
Sesungguhnya orang-orang yang berkata, "Tuhan kami adalah Allah" kemudia mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat- malaikat akan turun kepada meraka (dengan berkata) "Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu bersedih hati; dan bergembiralah kamu dengan (memperolehi) syurga yang telah dijanjikan kepadamu"
No comments:
Post a Comment