Thursday, February 10, 2011

Nujum Masa Silam

Assalamualaikum,

I received a call from a friend yesterday. He wa one of my best friends in primary school. We haven't been contacting for almost 2 years. I did look for him on facebook and friendster, but i failed. He added me yesterday. I accepted and we chatted. Yes, im happy to hear somthing from him.

Kemudian, kami berbual melalui phone, dan apa yang dia ceritakan semuanya meruntunkan hati saya. Seolah-olah hati dibelah2 dgn pisau yang tajam dan semangat terpudar seperti air yang mengalir. Perlahan.

Benar, aku tidak maksum. Aku insan biasa. Namun, mendengarkan mereka bergelumang dengan dosa membuatkan aku hendak lari menyelamatkan mereka. Ahh.. kenapa boleh sampai macam ini?! Dan mengapa insan terdekat pun terjebak sekali?! Allah, tolonglah bukan insan itu, yang sepanjang hidupku sampai hari ini, aku berdoa untuk perubahannya. Moga semua bersabar.

Kenangan lama dan tanggungjawab mencengkam.

Kali ini, benar2 aku terlihat keruntuhan umat aku sendiri. Aku dari kampung, aku berkawan dengan mereka yang tak tinggi pelajarannya. Dan tanpa pengetahuan, manusia tidak tercapai kejayaan. Juga tanpa iman, manusia benar2 tiada panduan. Ya Allah, berilah mereka hidayahMu. izin kan aku bersama mereka di dalam syurgamu Tuhan. Amin

Kerana aku bersahabat keranaMu, sahabatku adalah sahabat keimanan, tak akan aku lepaskan tangan mereka walaupun di hadapan neraka. Ku tarik mereka kembali bersamaku ke syurga. Allah, kau Maha Pemurah dan Maha Penyayang.

Thursday, February 03, 2011

Kisah Kecintaan

assalamualaikum aloha!

Yesterday, 2nd february was my birthday. who knows this little girl is now 21. gah,can i still be the little girl? (:
anyways, ill post something about what happen in my birthday later, ensyaallah maybe tomorrow or on saturday. ive got studies and something going on, on friday and saturday, thats why.

yesterday, i sent an email to my family. i didn't intend to make them cry while reading it, i mean seriously no! somehow while reading it, u can see that it takes 4 people to read it! this is my family, we love to cry if its about us. i tell you what, i will cry when i tell stories about my brothers or sisters. I thank God for everything, good family, good friends, good ppl around me. I wish that they have this nikmat as well. aminn



Bismillahirrahman nirrahim
Assalamualaikum mak abah juga keluarga,

Semoga berada di dalam kandungan sihat sejahtera di samping keluarga yang tercinta. Jangan terkejut pula anakanda menghantar emel ini. Kerinduan serta mencari redha Ilahi juga yang membuatkan anakanda terpanggil menghantarnya.
Hari ini, pada tanggal 2 februari, kembali lagi hari kelahiran anakanda ke dunia, keluar dari keselesaan berada dalam perlindungan perut mak. Terima kasih mak kerana sudi lahirkan anakanda ke dunia. oh, sudah 21 rupanya!
Kemudian, terlihat abah pula. Kepimpinan abah mendidik dan menjaga keluarga memang ain hormati. Sepanjang penghidupan ain disisi abah, anakanda tak pernah kenal erti begitu susah. Terima kasih abah.

Sepanjang ain berjauhan dengan mak dan abah juga abg-abg, akak dan adik- adik yang tercinta, sejak di taylors, ain kenal erti kasih sayang. Kasih sayang yang tak pernah putus dan tak pernah kering. Rindu ain membahang bila menuntut di taylors. Harap mak dan abah faham kenapa ain selalu pulang waktu itu.
Sesungguhnya, satu cabaran yang besar meninggalkan anda semua di sana. Andai diberi pilihan, ain sentiasa berdoa untuk tetap menetap disisi mak dan abah sampai bila-bila.

Adik-adik semua, hari lahir kita bukanlah suatu penghargaan kepada kita, namun ianya adalah satu penghargaan kepada Allah kerana memberikan kita sehirup nafas untuk meneruskan hidup serta menambah amal sebelum kembali kepada dia. Hari lahir juga adalah suatu penghargaan kepada mak dan abah yang sudi menjaga kita.

Mak abah,
ain minta dihalalkan makan minum,pakaian serta semua yang mak dan abah pernah korbankan untuk ain, masa ain kecil sampai dewasa hingga sampai ain kembali padanya. Ain berusaha menjadi anak yang sentiasa mencari redha Allah melalui kasih sayang kita. Maafkan ain kerana tak pernah membanggakan mak abah, namun ain janji ain akan menjadi anak yang solehah. Insyaallah.

Tuhan pernah berjanji dalam surah Al-Rad ayat 23 yang orang yang beriman akan masuk ke dalam syurga Adn bersama keluarga sampai ke anak cucu. insyaallah kita sama sama ke sana. Tak ada kebaikan yang lebih baik dari bersama keluarga menikmati keindahan syurga.

Akhir kata dari ain, selamat hari lahir ain!

Yang jauh lagi merindui,
sayang kerana Allah,

Nurulain Melan


Reply:-

Waalaikumussalam,

Drpd ayah bonda: sgl yg ayah bonda buat adlh krn tgggjwb dan laksanakan kewajipan dan amanah allah kpd ank2 seperti yg dituntut oleh allah,
dan ayah bonda brsyukur krn dpt ank2 yg sntiasa mentaati allah, nabinya dan taati ibu bapa,
smoga janji allah mmblsnya dgn syurga stlh mghdpNya nnti, amin ya rabbalalamin....

Drpd adik2 pula: terima kasih ats sgl nasihat yg dberi, terima ksh jg krn utk mmbc emel ini mmrlukan 4 org stlh seorg demi seorg jatuh trsgkr dgn lelehan air mata dan x dpt membcnya........begitulah sygnya mak abah pada kt x trhitung, dan begitulah sepatutnya syg kt kpd mereka, itulah cinta kpd insan yg allah kurniakan ...
selamat hari lahir ain!

Saturday, January 29, 2011

Bersabarlah wahai Hati-hati yang tenang


Rapuh by Opick


This posting as well as the song are dedicated to the ppl of Egypt, Tunisia, Palestin, Pakistan and to every muslim in the world. May their sufferings end very soon. I pray to God to help them, to give them a great help, mentioned in Al-Nashr. May Allah gives them a strong heart to continue their lives and may God protects their faith.

"O You peaceful souls
Return to your Lord, well pleased with Him, and He well pleased with you,
So, enter you among My chosen bondmen,
and come to My garden" Al-Fajr (27-30)

Wednesday, January 26, 2011

Plus Minus + -

Assalamualaikum, aloha (:

update kali ini hanya sedikit refleksi dari satu perkara yang selalu saya fikirkan. Iaitu tentang PENGARUH dan DIPENGARUHI. Saya minta maaf jika posting kali ini membuatkan ada yang kurang enak membaca. Barangkali saya khilaf sebagai manusia kerana apa yang saya tulis ini tidak sesuai untuk dicakapkan di depan khalayak dan seperti tajuk di atas, plus minus saya pun sebahagian dari mereka yang berada di dalam kedua2 kelompok ini.

Saya melihatkan saban hari remaja2 Islam terutamanya Melayu (yang sentiasa menjadi central tumpuan saya) meningkat jumlah yang memakai veil (tudung). Alhamdulillah, kerana pemakaian tudung dan pemakaian cara modesty (sopan dan merendah diri) bukan sahaja menyelesaikan masalah penentuan pakaian wanita mengikut selera lelaki atau arus semasa, malah masalah keyakinan diri para wanita. (juga masalah2 dan isu2 lain)


Namun begitu, malangnya, di dalam kelompok pemakai veil itu sendiri ada gelombang yang pada pendapat saya tidak sihat kepada si pemakai2 veil ini.

Golongan PENGARUH ini dapat saya definiskan sebagai
- si pemakai yang dikurniakan kecantikan atau keyakinan diri oleh Allah Taala
- si pemakai yang kurang memahami konsep veil terutamanya jadi mengambil keputusan
utk membuat perubahan dan memulakan sesuatu trend yang baru
- si pemakai yang sukakan perubahan
- Si pemakai yang moden dan plus minus seperti kumpulan2 di atas
- Para penjual veil2 yang cantik2 yang mempunyai pengaruh dan rekaan yang menarik.
- Bisikan syaitan dll.

Golongan ini secara langsungnya juga tidak langsung, menjadi reference bagi kumpulan seterusnya untuk melihat cara pemakaian yang harus mereka ikuti. Malangnya, inilah gelombang yang saya maksudkan.


Untuk menjelaskan gelombang ikutan negatif ini, dapat saya definisikan sebagat:
- Pemakaian tudung yang singkat (bukan pula saya maksudkan yang kita perlu memakai tudung yang labuh dan tidak bertrend)
- Pemakaian tudung bersama pakaian yang tidak menutup aurat atau terlalu ketat (seperti, baju separa lengan, jeans yang ketat, mahupun hanya berselipar yang sangat menampakkan susuk kaki dan terkadang nampak sungguh tidak kemas)
- Pemakaian tudung mengikut trend

Tudung2 ini semakin popular di kalangan para remaja kita, dan tidak terkecuali remaja tempat di mana perintah veil diturunkan (melalui pengamatan saya)


Kemudian, kelompok DIPENGARUHI ini amatlah mudah dipengaruhi oleh kelompok PENGARUH oleh beberapa sebab. dan tidak terkecuali saya juga walaupun saya berusaha utk tetap dengan cara saya.

Antara sebab melalui pengamatan saya adalah:
- Kurangnya pemahaman konsep veil itu sendiri walaupun sudah sekian lama mempelajari akan hukum tuhan ini
- Tiada kesungguhan untuk berperang dengan keinginan untuk dipengaruhi terutamanya si pemakai mungkin pernah atau sudah mempunyai basic yang cukup semasa bersekolah contohnya, pelajar yang bertudung labuh semasa menuntut di bangku sekolah
- Kurangnya keyakinan diri untuk berpakaian dengan cara biasa terus langsung mudah dipengaruhi oleh kelompok pengaruh yang mempunyai rupa paras dan trend veil yang berlainan.
- Sukakan perubahan
- Menyokong para penjual dengan belian dan pemaikaian trend veil berkenaan
- Bisikan syaitan dll.


Rumusan:
Trend veil masa kini tidak disangkal amat menarik serta mendapat tempat bagi penilaian orang biasa. Namun begitu, ternyata, ini bercanggah dengan apa yang digariskan oleh Islam. Saya mengingatkan kepada semua terutamanya diri saya sendiri agar tidak mudah terpengaruh dengan ikutan dan gelombang masyarakat. Latihlah diri supaya menilai plus minus sesuatu gelombang sebelum menerima dan mengikutinya.

saya bagi contoh sedikit untuk reference (jika ada yang tidak memahami)







so, satu cukup. sbb saya pasti anda faham.
Maaf lagi sekali, dan Assalamualaikum (:

Monday, January 24, 2011

‎"Apabila hamba-Ku mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak" (HR-MUSLIM)

Friday, January 07, 2011

Usaha

Assalamualaikum,
dalam post kali ini saya cuma hendak kongsi 40 hadith Rasulullah yang bermanfaat utk dihafal dan diamalkan. Basically, pada pendapat sy, hadith-hadith ini mudah dan sangat direct pada asas Islam dan amalannya. Insyaallah, sy pun dalam usaha menghafalnya. Moga usaha sy dan kamu diredhai.













click pada mana-mana hadith dan ia akan bawa anda terus kepada hadith berkenaan.

Hadith 01 Setiap amalan adalah dengan niat
Hadith 02 Iman Islam dan Qadr
Hadith 03 Islam terbina atas 5 perkara
Hadith 04 Kejadian Manusia Al-Qadar
Hadith 05 Ibadah dan Bidah
Hadith 06 Pembersihan hati
Hadith 07 Agama itu Nasihah
Hadith 08 Konsep Jihad
Hadith 09 Cara mematuhi perintah Rasulullah
Hadith 10 Al-Toyyib

to be continued..

Monday, January 03, 2011

Antara lagu kegemaran haha

Assalamualaikum,
Sy mudah kan posting saya kali ini, ini antara lagu kegemaran saya kerana musiknya dan liriknya.
So, try listen to these songs and see how good the lyrics are. The songs send messages which are what i'm trying to tell you in this posting haha. Honestly im not so into miley, but i guess she sings very well and some of her songs are quite good

ok now listen..





Okay mungkin anda kurang suka tengok video clip lagu2 ini, oleh itu, tak perlu tengok, dengar sahaja.