Assalamualaikum,
I received a call from a friend yesterday. He wa one of my best friends in primary school. We haven't been contacting for almost 2 years. I did look for him on facebook and friendster, but i failed. He added me yesterday. I accepted and we chatted. Yes, im happy to hear somthing from him.
Kemudian, kami berbual melalui phone, dan apa yang dia ceritakan semuanya meruntunkan hati saya. Seolah-olah hati dibelah2 dgn pisau yang tajam dan semangat terpudar seperti air yang mengalir. Perlahan.
Benar, aku tidak maksum. Aku insan biasa. Namun, mendengarkan mereka bergelumang dengan dosa membuatkan aku hendak lari menyelamatkan mereka. Ahh.. kenapa boleh sampai macam ini?! Dan mengapa insan terdekat pun terjebak sekali?! Allah, tolonglah bukan insan itu, yang sepanjang hidupku sampai hari ini, aku berdoa untuk perubahannya. Moga semua bersabar.
Kenangan lama dan tanggungjawab mencengkam.
Kali ini, benar2 aku terlihat keruntuhan umat aku sendiri. Aku dari kampung, aku berkawan dengan mereka yang tak tinggi pelajarannya. Dan tanpa pengetahuan, manusia tidak tercapai kejayaan. Juga tanpa iman, manusia benar2 tiada panduan. Ya Allah, berilah mereka hidayahMu. izin kan aku bersama mereka di dalam syurgamu Tuhan. Amin
Kerana aku bersahabat keranaMu, sahabatku adalah sahabat keimanan, tak akan aku lepaskan tangan mereka walaupun di hadapan neraka. Ku tarik mereka kembali bersamaku ke syurga. Allah, kau Maha Pemurah dan Maha Penyayang.
No comments:
Post a Comment