Assalamualaikum,
Baru baru ini kami ada buat perbincangan tentang persediaan sebelum menghadapi exam yang sudah sangat dekat. kali ini, kami berjaya membawa beberapa sahabat-sahabat baru untuk turut mendengar. Insyaallah moga Allah buka hati mereka untuk terus menyertai kami. moga kasih sayang yang terjalin membantu mereka mengenali tuhan mereka seperti kami yang mencari2 jalan menuju tuhan.
Usrah kali ini dipermudahkan isinya dan lebih menjurus kepada peperiksaan, sesuai dengan keaadaan dan keperluan kami. Antara point yang menarik hati saya adalah apabila kakak usrah menyebut tentang mencari tuhan.
Mencari Tuhanku
Seorang isteri yang tiba-tiba meragui tentang tuhannya dibolehkan keluar dari rumah tanpa izin suami untuk mencari tuhannya. Ini disebabkan oleh akidahnya yang terganggu.
Saya sebagai manusia biasa tidak lari dari fitrah si insan yang mencari tuhan. Akidah dan iman saya memerlukan makanan, makanan rohani-makanan yang membawa saya kepada kecukupan fitrah bertuhan. Selalu khilaf dalam kehidupan seharian dan tak selalu kuat dalam melawan tabiat keburukan. Namun, insyaallah saya akan teruskan perjuangan mengumpul kekuatan benteng hati.
Maaf sekiranya yang pernah meminta saya membawa apa2 perbincangan spt usrah dan saya tolak. Maaf, saya belum bersedia dan saya masih perlu banyak belajar tentang tuhan saya. Saya masih belum boleh menolak kemungkaran di hadapan mata saya. Namun peganglah janji saya untuk membantu awak semua mencari tuhan kita dengan setiap kelebihan dan kekurangan yang ada pada saya. Insyaallah
jom solat sunat law student,
Assalamualaikum :)
jom.
ReplyDeleteWaalaikumussalam~
ReplyDelete:)