andai kau ingin futur,
hentikanlah segala langkah,
susun semula biar ia teratur,
moga kau tahu mananya salah,
jangan terusan asyik mengalah,
kehendak nafsu biarkan jangan,
nanti terusan dihanyut hasutan.
terdetik tidak, terlintas tidak,
futur itu bukan lawan sembarangan,
mati hatimu digenggam syaitan,
kering jiwa mu hampa kekosongan,
merintih letih menunggu jawapan,
sedarnya hanyalah di kemudian,
bermandikan bahagia dunia sementara,
akhirnya lemas di muara fata morgana,
terlepas indahnya kekal akhirat sana.
letih letih, engkau meronta!
pulih pulih, engkau bertanya!
andai kau ingin futur,
lihatlah luasnya kasih ilahi,
lihatlah tangan yang memberi,
lihatlah nikmat terbit matahari,
jikalau engkau memerhati.
dan andai kau masih ingin futur,
ketahuilah kau bukan berseorangan,
rehatlah, kerana panjang perjalanan,
kita langkah bersama ke hujung sana,
menanti dan mengharap redhaNya,
hanyalah Dia semata-mata.
© akmal ghani - andai kau ingin futur
Saturday, August 06, 2011
Tuesday, August 02, 2011
Jalan ini
Bersempena Ramadhan sebagai bulan perubahan.
Wahai bumi,
Aku malu hidup di atasmu
Penuh dengan kenistaan
Kemungkaran yang aku lakukan
Berjalan sombong dan angkuh
Seperti aku akan hidup selamanya
Duhai langit,
Malu aku meminum air hujan darimu
Aku bersihkan badan dari air
Dari awan yang ada padamu.
Lalu aku lakukan kejahatan dan kemaksiatan.
Ya Tuhanku,
Ampunilah dosaku ini,
Tatkala aku berjanji dengan-Mu
Selalu aku mungkiri.
Nukilah: Atif Ghazali
Saya rasa puisi ini benar dalam menyampaikan perasaan yang seharusnya ada dalam diri kita, terutamanya saya. Everytime, kita terlupa. Dan waktu itu segala macam dosa boleh dilakukan. Ya mungkin bukan dosa besar bagi orang seperti kita ini, tapi itu tidak mustahil.
“Andai Islam seperti sebuah bangunan usang yang hampir roboh, maka akanku berjalan ke seluruh dunia mencari jiwa-jiwa muda. Aku tidak ingin mengutip dengan ramai bilangan mereka, tapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantuku dan bersama membina kembali bangunan usang itu menjadi sebuah bangunan yang tersergam indah..” (Imam As-Syahid Hassan Al Banna)
Ya As Syahid Hassan, insyaallah langkahmu kuteruskan, langkahmu kami teruskan. Akan kita bina bangunan usang biar ia menjadi bangunan indah. Usangnya kerana kurangnya pengertian untuk menjaga, ya kita bina ia kembali. Ya Allah, setelah kau campakkan hidayah dalam hati ku, dalam hati kami, kekalkanlah hidayah itu, berikanlah kekuatan dan kemudahan bagi kami menempuh jalan ini. Jalan yang telah kau pilihkan untuk kami.
Aku tinggalkan keseronokan dunia demi menujuMu ya Allah biarpun masih belum sepenuhnya. Aku usaha dan kepadaMu saja aku berlindung dari kelemahan diriku sendiri. Benar kata Saidina Ali "Apabila kamu merasa letih kerana melakukan kebaikan maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan terus kekal. Dan sekiranya kamu berseronok dgn melakukan dosa (maksiat) maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa itu akan tetap berkekalan."
Biar aku letih, letih kerana melakukan kebaikan bukan kemaksiatan.
Barang siapa yang selalu kekenyangan maka banyaklah dagingnya, dan siapa yang banyak dagingnya maka kuatlah nafsunya. Siapa yang kuat nafsunya maka banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya maka keraslah hatinya dan siapa yang keras hatinya maka tenggelamlah dia dalam bencana dunia serta keindahannya.Sesungguhnya sebahagian perkataan itu ada yang lebih keras dari batu, lebih tajam dari tusukan jarum, lebih pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara. Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamlah ia dengan perkataan yang baik, kerana jika tidak tumbuh semuanya (perkataan yang tidak baik) nescaya tumbuh sebahagiannya.
Astagfirullah...
Subscribe to:
Posts (Atom)